Sahabat HOD Yang Dihormati,
Assalamu’alaikum wr. wbt.
Ramai di kalangan Sahabat yang telah terima maklumat mengenai sedikit musibah yang menimpa saya tetapi saya ingin narrate apa yang terjadi agar ianya menjadi iktibar kepada saya khususnya dan kepada kita semua amnya, InsyaAllah.
Selepas menunaikan Solat Isya’ di Musolla Al-Amin berdekatan rumah saya pada dua malam lepas (Sabtu malam Ahad), saya telah ke Farmasi di Fasa 4 Tambahan, BB Bangi dan kemudian ke klinik Rakan Medik juga di Fasa 4 Tambahan untuk pemeriksaan rutin tekanan darah.
Kira-kira jam 10 malam, dalam perjalanan pulang melalui Jalan Reko (Jalan Kajang – UKM), selepas melepasi traffic light di Hentian Kajang, kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah Camry berwarna hitam. Dalam keadaan itu, saya membuat keputusan untuk berhenti di tempat yang agak cerah iaitu di hadapan Village View Restaurant. Setelah saya keluar dari kereta, saya melihat ramai penumpang dalam kereta Camry hitam yang melanggar itu, menyebabkan saya agak comfortable untuk berbincang dengan pemandu kerana tanggapan saya beliau bersama keluarga, dengan isteri dan anak-anak. Tetapi sebaliknya, sejurus kemudian 3 lelaki berketurunan India keluar dengan seorang lagi berada dalam kereta bertindak sebagai pemandu.
Saya mengesyaki bahawa ini adalah planned accident, maka saya cuba berundur tetapi dicekik oleh salah seorang dari lelaki India itu yang agak tinggi dan berbadan tegap. Dua yang lain terus memegang dan menumbuk kepala dan badan untuk memastikan saya tidak melawan. Dalam pergelutan itu saya terjatuh dan disepak, dan merasakan seolah-olah saya akan ditikam. Kunci kereta Camry kelabu saya diambil dan kereta terus dibawa lari kearah Kajang walaupun saya cuba bangun dan menghalang.
Beberapa pengunjung ke Village View Restaurant datang membantu dan memberikan handphone untuk saya hubungi isteri dan anak di rumah. Selepas itu, kami membuat laporan polis di Pondok Sg. Tangkas dan kemudiannya di Balai Polis Kajang.
Sedikit Iktibar untuk saya khususnya dan juga untuk Sahabat:
1. Seperti juga atas nasihat Polis, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila dilanggar dari belakang kerana ini adalah modus operandi car hijackers. Sebaliknya terus ke Balai Polis atau pulang kerumah bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.
2. Dalam beberapa kes seperti ini, terdapat mangsa rompakan yang koma kerana dipukul, ada yang cedera parah dan ada juga mangsa yang ditikam. Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana tidak menghadapi sebarang kecederaan kecuali sedikit calar kerana terjatuh dan hidung berdarah.
3. Saya diingatkan oleh Ustaz dan kenalan bahawa semua barang, kereta, harta dll adalah anugerah dan pemberian Allah SWT yang dipinjamkan sementara kepada kita sebagai temporary ownership. Sayangnya kita kepada barang-barang itu tidak seharusnya mendahului dan melebihi cinta kita kepada Allah SWT dan RasulNya.
4. Segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sahabat yang menghantar e-mail, call, sms, ziarah di rumah dan pejabat yang memberi kekuatan semangat kepada saya, isteri dan keluarga. Musibah ini kecil berbanding dengan pengorbanan besar yang dilakukan oleh sebahagian Sahabat kita, dan pastinya terlalu kecil berbanding dengan pengorbanan ummah di Palestine, Iraq, Fattani, Syria, Mesir, Moro, Libya, Bosnia yang bukan sahaja kehilangan kereta tetapi kehilangan orang-orang yang dikasihi kerana gugur syahid di jalan Allah SWT.
Kepada Allah SWT kita berserah dan kepadaNya jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.
Sekian, Wassalam.
~ Kamal ~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
No comments:
Post a Comment
Ape yang kamu nak komen ni? Giler ahh!! nanti aku reply ye..