Dec 19, 2011

RIBA

 
Tahukah anda dan adakah anda pernah terjebak dalam riba duyun (riba yang terhasil kerana pinjaman atau hutang)?


Pinjaman:

1) Pinjam wang dan manfaat sesuatu harta: Apabila pemberi pinjam meletakkan syarat sebarang tambahan sama ada dalam bentuk wang atau manfaat tambahan, maka terjadilah riba'.
2) Meminjam barang yg ada manfaat spt pinjam buku di librari. Jika syarat lambat pulang buku yg dipinjam dengan denda dlm bentuk wang, maka terjadilah riba' kerana buku dipinjam kerana manfaatnya dipulangkan berserta wang. Contoh lain rakan ingin meminjam motosikal atau kereta kita dengan syarat dia mengisi minyak juga merupakan satu riba'.


Hutang:

1) Pembelian secara berhutang yang mensyaratkan sekiranya lambat dibayar hutang (harga barang yang dibeli), akan ditambah jumlah hutangnya, terjadilah riba' di sini.

2) Apabila anda tersalah parking kenderaan dan denda berbentuk wang dikenakan oleh majlis tempatan atau tuan punya tempat parkir, pada masa itu hutang wang terbentuk di antara majlis tempatan/bandaraya dan pemilik kereta. Pemilik kereta dikira sedang berhutang wang kepada majlis. Apabila disyaratkan pula jika lewat bayar hutang denda itu, jumlah akan bertambah, maka RIBA' terbentuk. Sebagai contoh, apabila seseorang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengikut tempoh. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM10, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM50 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.
 
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Akan
datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." [Hadith Riwayat
Muslim]
Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia,
mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia
wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun
terkena debunya." 
[Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]



PENYELESAIAN
1. Isu: Bagaimana nak menjadikan isu pinjaman kenderaan tidak menjadi riba' ialah dengan menukarkan kontrak pinjaman kepada kontrak sewa. Sbg contoh rakan kita nak pinjam motor, kita katakan aku sewakan motor ini dengan bayaran minyak penuh ke tangki motor aku...
2.Jadi bila kena denda/kompaun parking jangan bertangguh krn ia boleh bertukar menjadi riba' dan kita menanggung dosa.
 
  Firman Allah s.w.t.
.."Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279....
 wallahualam
 

No comments:

Post a Comment

Ape yang kamu nak komen ni? Giler ahh!! nanti aku reply ye..