Showing posts with label GAMBAR. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR. Show all posts

Apr 23, 2012

BANDUAN BERBAHAYA YANG MELARIKAN DIRI-SILA SEBARKAN





Diambil dari laman Facebook PDRM yang meminta untuk menyebarkan gambar Penjenayah Berbahaya yang telah melarikan diri ketika ingin dibawa untuk dibicarakan baru-baru ini – SILA SEBARKAN
Pada 6hb. April 2012, jam 0800 pagi, maklumat telah diterima daripada anggota bertugas di Lokap, Mahkamah Jalan Duta, Sentul, Kuala Lumpur mengenai kehilangan seorang tahanan yang baru di ambil dari tahanan reman Penjara Sg. Buloh, Selangor, untuk proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen No. 7 Jalan Duta Kuala Lumpur.

Siasatan mendapati pada hari kejadian, seramai 45 orang tahanan reman telah diambil dari Penjara Sg. Buluh, Selangor untuk proses perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sebaik kesemua tangkapan tiba di lokap Mahkamah Jalan Duta, anggota bertugas telah menjalankan proses saringan mengikut kes Mahkamah termasuk menguruskan penyimpanan barang-barang serta beg tahanan ke dalam almari besi, semasa itu anggota bertugas telah menyedari salah seorang tahanan telah tidak ada dan gagal dikesan.

Tahanan yang telah melarikan diri, merupakan tahanan yang merbahaya kepada keselamatan dan ketenteraman orang awam. Berdasarkan rekod polis tahanan ini sepatutnya dibicarakan bagi (4) kesalahan jenayah melibatkan kes;-

1. Rompakan menyebabkan kecederaan kepada mangsa berhubung kesalahan di bawah sek. 394 Kanun Keseksaan menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang dirompak bersangkut Cheras rpt: 1457/2012;

2. Rompakan dengan menyamari sebagai pegawai polis berhubung kesalahan di bawah sek. 395/170 Kanun Keseksaan bersangkut Salak Selatan rpt: 3278/11;

3. Rompakan dengan menyamari sebagai pegawai polis berhubung kesalahan di bawah sek. 395/170 Kanun Keseksaan bersangkut Pantai repot: 9903/11; dan

4. Rompakan bersenjata sek. 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan Petaling rpt: 5609/11.

Tahanan yang melepaskan diri ini juga merupakan ketua bagi “ Kumpulan Man Kuchai” yang aktif melakukan rompakan menyamar sebagai pegawai polis, merompak kenderaan mangsa dengan menggunakan modus operandi langgar belakang, termasuk merompak dikedai-kedai yang beroperasi 24 jam disekitar daerah Brickfieds. Di dalam beberapa siri kejadian rompakan Tahanan ini juga dikatakan pernah menunjukkan senjata pistol kepada mangsa-mangsa yang dirompak. 

Tahanan ini merupakan seorang yang ganas sanggup mencederakan mangsa semasa melakukan rompakan, termasuk melanggar belakang kereta mangsa semasa melakukan rompakan. Tahanan ini juga pernah ditangkap berhubung kesalahan dibawah Sek. 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, bersangkut Dang Wangi rpt: 19542/04.

Melalui sidang media ini, pihak polis menyeru orang ramai yang mengenali atau terjumpa dengan suspek yang berjaya meloloskan diri iaitu;-

Nama : MOHD. REDZUAN BIN ABD. RAHMAN
My kad : 801213-05-5591
Umor : 32 Tahun
Alamat: 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterprenurs Park
58000 Kuala Lumpur.

Untuk tampil memberikan maklumat atau menghubungi Rakan Cop melalui telefon no: 03-2115999.

Pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai atau ahli keluarganya supaya jangan sesekali melindungi suspek yang meloloskan diri ini, kerana perbuatan ini merupakan suatu kesalahan di bawah sek. 216 Kanun Keseksaan, suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara ¼ tahun daripada hukuman berhubung pertuduhan kerana merompak serta boleh juga didenda.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Apr 21, 2012

Antara Sebab Kenapa Mayat Firaun Masih Terpelihara



Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
 
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.


Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.


Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Trisanin : Allah nak tunjuk kat umat islam tentang kekufuran firaun kot.. tu sebab Allah buat mayat dia kekal.. buleh kite buat pengajaran.. Subhanaallah



------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Masjid Yang Dibina Oleh Jin Di Indonesia


Bila anda ke Malang, Indonesia dan mengajukan soalan di manakah masjid ‘ajaib’ ? pasti mereka akan menunujukkan sebuah masjid sedang dalam proses pembinaan…Yang menurut masyarakat setempat masjid ini ajaib ialah kerana pembinaannya secara tiba2, tanpa kelihatan pekerja, material seperti pasir,simen dan lain2. Pendek kata ia tidak kelihatan seperti suasana biasa projek2 pembangunan yg sedang di bina.

Namun desas desus itu berakhir apabila pihak yg membina masjid tersebut memberi penerangan dengan membuat sepanduk yang menyatakan masjid itu di bina oleh murid dan ahli jemaah di mana ia adalah sebuah komplek ( sekolah pondok) pembelajaran Islam yang di panggil Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah.



“Apabila ada orang yang mengatakan bahawa ini adalah bangunan muncul dengan sendirinya dan dibangun oleh jin dan sebagainya itu tidak benar. Kerana bangunan ini adalah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah yang murni di bina oleh para murid dan jemaah.”

kebun sayur yg berada di tingkat 8.
Ajaib atau tidak, bangunan setinggi 10 tingkat itu ternyata mempunyai nilai arkitektur yg sangat unik dan pastinya memerlukan jutaan wang untuk membinanya….
WALLAHUAALAM….


------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Apr 16, 2012

Aneh Lembu Disembelih Tetapi Tidak Mati


------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Apr 13, 2012

MENAGIH SEKS LELAKI NIGERIA (18SX) SATU LAGI KISAH BENAR DICERITAKAN SECARA EKSKLUSIF

Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.

"Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka lakukan," ujar saya.

Jun bersetuju.

Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.

"Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia  hanya mengguakan avatar kartun sahaja," ujar Jun.


Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong, Selangor.

"Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu  saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati apabila  mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya," kata Jun.

Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.

"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.

"Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan. Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar mencatatkan dia warga Nigeria," kata gadis itu lagi. 


Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.

"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.

"Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this  with you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis berusia 30 tahun itu.

"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.

"Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui  perhubungan kami. Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan seks," terangnya.

"Your sister is right," celah saya.

Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles. 

"Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.

Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.

"Bila saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca, saya berada di dalam state of denial. Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia meminta saya  membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis dia. Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata, IT," jelas Jun.

"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries, baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah. Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.

"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.

"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.

Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar. 

"Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke kelas," kata Jun.

"Saya tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?," tanya saya.

"Hujung November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius," ujarnya.

"Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi, adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas seks?"

Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.

"Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua itu, yes! It is true. They really treat you like a queen. Sebelum mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks menjadi satu ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang Jun tanpa ragu.

"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?," soal saya.

"Ya," balasnya ringkas.

Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.


"Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang. Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of you baby," katanya.

"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.

"Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia bekerja. Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia," jelasnya.

Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.

"Dia pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara," celah Jun.

Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.

"Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu  dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu bergaul," jelas Jun.

Jun dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan kenyataan berikut.

"Lelaki Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai. Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat tentang diri kita, caring"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Apr 9, 2012

BANTAL UNTUK YANG NAK TIDUR DALAM CLASS/OFFICE




------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Burger Bakar yg giler gempak! di wangsa maju,KL

  
SPECIAL ORDER FROM CUSTOMERRR 
 






Burger Bakar Kaw Kaw . Memang KAW KAW punya burger!! 







harga burger paling murah RM7.50
kalau korang nak beli kene ambil nombor dulu..
setahu aku, area situ memang port lepak..
memang masyuk ar brader tu jual bege...

 
kredit to pemilik artikel blog asal

KELAWAR RAKSASA??


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Comment using Facebook

Apr 8, 2012

ANAK PALESTIN MAIN "SYAHID-SYAHID"

Terkesima.
"Anak Palestin main syahid-syahid.
Anak Melayu main artis-artis.."

------------------------------------------------------
Comment using Facebook

Apr 7, 2012

BERPULUH PISAU MASIH TERPACAK



 gambar di atas bukan lah gambar penjual pisau atau patung yang digunakan untuk meletak pisau yang ingin dijual, akan tetapi ia adalah gambar mangsa pergaduhan di mexico



http://gilerah.blogspot.com

ULAT BULU MENYAMAR JADI ULAR






http://gilerah.blogspot.com

Apr 6, 2012

MENGAPA BUAH IMPORT LAMBAT BUSUK???

sememangnya perlu kita membasuh buah-buahan yang kita beli sebelum dimakan.
 
 
 

PERBEZAAN ANTARA ANAK HARAM DAN ANAK HALAL

macam mana kita nak kenal antara anak haram dan anak kandung??mudah aje..kita lihat gambar dibawah untuk membezakan antara anak haram dan anak kandung..


Saya Merayu Pada Anda Semua Bantulah Guru Ini..Please...(3)


Saya Merayu Pada Anda Semua Bantulah Guru Ini..Please...(3)


Bro, wa kagum dengan lu!


(klik)



Bantulah Guru Ini..Please...Apakata kita semua korbankan duit rokok sekotak atau topup bernilai sepuluh hengget hari ini untuk kita bantu seagama dan sebangsa dengan kita. Hari ini hari dia besok bagaimana nasib kita pula....


cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
setakat derma RM10 tu, apa ade hal ye tak..semoga dengan sumbangan kecil dari kita, dapat mengurangkan beban yang ditanggung keluarga beliau, sekarang masa diaorang, mana tahu masa kita plak...huhu



kredit kepada blog uncleseekers

Apr 4, 2012

Cara Orang China Buat Mesin Gula Kapas Guna Hard Disk Lama (12 Gambar)


Seorang jurutera dari China yang mengendalikan pusat pemulihan data dan pembaikan hard disk di sini boleh kami katakan dia seorang yang genius dan kreatif kerana dia berjaya mencipta mesin pembuat arumanis/gula kapas (candy floss machine) yang diperbuat daripada hard disk lama itu. Difahamkan, dia hanya memerlukan bahan-bahan asas untuk membuat mesin ini seperti hard disk yang masih boleh digunakan, tin logam bulat, enam jejari basikal, tin aluminium dan mangkuk plastik.
sumber asal sila lawat http://gilerah.blogspot.com
Berikut adalah cara-cara membuat mesin pembuat arumanis/gula kapas daripada hard disk lama. Cool!

http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...