Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

Apr 19, 2012

HATI-HATI DENGAN TAKTIK ROMPAKAN LANGGAR KERETA

Sahabat HOD Yang Dihormati,
Assalamu’alaikum wr. wbt.

Ramai di kalangan Sahabat yang telah terima maklumat mengenai sedikit musibah yang menimpa saya tetapi saya ingin narrate apa yang terjadi agar ianya menjadi iktibar kepada saya khususnya dan kepada kita semua amnya, InsyaAllah.

Selepas menunaikan Solat Isya’ di Musolla Al-Amin berdekatan rumah saya pada dua malam lepas (Sabtu malam Ahad), saya telah ke Farmasi di Fasa 4 Tambahan, BB Bangi dan kemudian ke klinik Rakan Medik juga di Fasa 4 Tambahan untuk pemeriksaan rutin tekanan darah.

Kira-kira jam 10 malam, dalam perjalanan pulang melalui Jalan Reko (Jalan Kajang – UKM), selepas melepasi traffic light di Hentian Kajang, kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah Camry berwarna hitam. Dalam keadaan itu, saya membuat keputusan untuk berhenti di tempat yang agak cerah iaitu di hadapan Village View Restaurant. Setelah saya keluar dari kereta, saya melihat ramai penumpang dalam kereta Camry hitam yang melanggar itu, menyebabkan saya agak comfortable untuk berbincang dengan pemandu kerana tanggapan saya beliau bersama keluarga, dengan isteri dan anak-anak. Tetapi sebaliknya, sejurus kemudian 3 lelaki berketurunan India keluar dengan seorang lagi berada dalam kereta bertindak sebagai pemandu.

Saya mengesyaki bahawa ini adalah planned accident, maka saya cuba berundur tetapi dicekik oleh salah seorang dari lelaki India itu yang agak tinggi dan berbadan tegap. Dua yang lain terus memegang dan menumbuk kepala dan badan untuk memastikan saya tidak melawan. Dalam pergelutan itu saya terjatuh dan disepak, dan merasakan seolah-olah saya akan ditikam. Kunci kereta Camry kelabu saya diambil dan kereta terus dibawa lari kearah Kajang walaupun saya cuba bangun dan menghalang.

Beberapa pengunjung ke Village View Restaurant datang membantu dan memberikan handphone untuk saya hubungi isteri dan anak di rumah. Selepas itu, kami membuat laporan polis di Pondok Sg. Tangkas dan kemudiannya di Balai Polis Kajang.

Sedikit Iktibar untuk saya khususnya dan juga untuk Sahabat:

1.      Seperti juga atas nasihat Polis, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila dilanggar dari belakang kerana ini adalah modus operandi car hijackers. Sebaliknya terus ke Balai Polis atau pulang kerumah bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.

2.      Dalam beberapa kes seperti ini, terdapat mangsa rompakan yang koma kerana dipukul, ada yang cedera parah dan ada juga mangsa yang ditikam. Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana tidak menghadapi sebarang kecederaan kecuali sedikit calar kerana terjatuh dan hidung berdarah.

3.      Saya diingatkan oleh Ustaz dan kenalan bahawa semua barang, kereta, harta dll adalah anugerah dan pemberian Allah SWT yang dipinjamkan sementara kepada kita sebagai temporary ownership. Sayangnya kita kepada barang-barang itu tidak seharusnya mendahului dan melebihi cinta kita kepada Allah SWT dan RasulNya.

4.       Segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sahabat yang menghantar e-mail, call, sms, ziarah di rumah dan pejabat yang memberi kekuatan semangat kepada saya, isteri dan keluarga. Musibah ini kecil berbanding dengan pengorbanan besar yang dilakukan oleh sebahagian Sahabat kita, dan pastinya terlalu kecil berbanding dengan pengorbanan ummah di Palestine, Iraq, Fattani, Syria, Mesir, Moro, Libya, Bosnia yang bukan sahaja kehilangan kereta tetapi kehilangan orang-orang yang dikasihi kerana gugur syahid di jalan Allah SWT.
Kepada Allah SWT kita berserah dan kepadaNya jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Sekian, Wassalam.

~ Kamal ~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Isteri cantik pun kena cerai?


(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)
 

Soalan pembaca:


Salam,
 
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.


Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.


Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.


******


Hamka keretamayat jawab:


Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!


Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...


Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”


Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.


Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)


Kat mana tadi?


Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.


Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!


Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.


Pertama:
 Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua
: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.


Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!


Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.


Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!


Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.


Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.


Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!


Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!


Apa lagi nak di kata?


Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.


Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.


Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.


Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.


Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.


Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, 
 
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.


Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:


“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”


InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.


Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,


Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari  Hamka keretamayat ini baik baik:


“Apa guna berbini cantik,
 
Bila makan tidak meneman,
 
Apa guna isteri romantik
 
Jika selalu mengelak di ranjang”


Woha!


Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. 

[artikel ini adalah petikan dari email yang dihantar kepada namasayalah@gmail.com]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Apr 13, 2012

MENAGIH SEKS LELAKI NIGERIA (18SX) SATU LAGI KISAH BENAR DICERITAKAN SECARA EKSKLUSIF

Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.

"Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka lakukan," ujar saya.

Jun bersetuju.

Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.

"Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia  hanya mengguakan avatar kartun sahaja," ujar Jun.


Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong, Selangor.

"Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu  saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati apabila  mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya," kata Jun.

Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.

"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.

"Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan. Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar mencatatkan dia warga Nigeria," kata gadis itu lagi. 


Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.

"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.

"Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this  with you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis berusia 30 tahun itu.

"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.

"Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui  perhubungan kami. Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan seks," terangnya.

"Your sister is right," celah saya.

Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles. 

"Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.

Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.

"Bila saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca, saya berada di dalam state of denial. Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia meminta saya  membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis dia. Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata, IT," jelas Jun.

"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries, baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah. Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.

"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.

"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.

Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar. 

"Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke kelas," kata Jun.

"Saya tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?," tanya saya.

"Hujung November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius," ujarnya.

"Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi, adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas seks?"

Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.

"Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua itu, yes! It is true. They really treat you like a queen. Sebelum mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks menjadi satu ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang Jun tanpa ragu.

"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?," soal saya.

"Ya," balasnya ringkas.

Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.


"Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang. Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of you baby," katanya.

"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.

"Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia bekerja. Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia," jelasnya.

Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.

"Dia pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara," celah Jun.

Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.

"Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu  dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu bergaul," jelas Jun.

Jun dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan kenyataan berikut.

"Lelaki Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai. Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat tentang diri kita, caring"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

Apr 6, 2012

Saya Merayu Pada Anda Semua Bantulah Guru Ini..Please...(3)


Saya Merayu Pada Anda Semua Bantulah Guru Ini..Please...(3)


Bro, wa kagum dengan lu!


(klik)



Bantulah Guru Ini..Please...Apakata kita semua korbankan duit rokok sekotak atau topup bernilai sepuluh hengget hari ini untuk kita bantu seagama dan sebangsa dengan kita. Hari ini hari dia besok bagaimana nasib kita pula....


cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
setakat derma RM10 tu, apa ade hal ye tak..semoga dengan sumbangan kecil dari kita, dapat mengurangkan beban yang ditanggung keluarga beliau, sekarang masa diaorang, mana tahu masa kita plak...huhu



kredit kepada blog uncleseekers

Apr 4, 2012

Maryam Jameelah : Gadis Yahudi Kebanggan Islam



“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.

“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya.

Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,
penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.

Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.

“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.

Mar 27, 2012

DOA ELAK CABUL DAN ROGOL (INSYAALLAH)



Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


DALAM sebutan rumi : BISMILLAHILLADZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FISSAMAIE , WAHUWASSAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ والظالم


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYAL-KAFIRO WADZZOLIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Mar 21, 2012

BAPA DIHUKUM SEBAT 2080 KALI AKIBAT MEROGOL ANAK SENDIRI

 
 
SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.
 Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.
Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.
Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

Mar 19, 2012

PEMANDU KES LANGGAR LARI PELUMBA BASIKAL RAFIZI HAMDAN AKHIRNYA MENYERAH DIRI

Pemandu Langgar Pelumba Basikal Rafizi Hamdan SERAH Diri

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,  suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek  enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.


rakaman CCTV



Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Gilerah : - Adakah pemandu tersebut akan menyerah diri jika plat keretanya tidak tercicir di tempat kejadian?

Mar 18, 2012

DIBUANG KERJA KERANA MELAKUKAN KERJA 15 MINIT LEBIH AWAL

Seorang remaja , Sam Green Jeffries (15 tahun), bergegas bangun untuk melakukan pekerjaannya sebagai penjual suratkhabar. Jam 6.45 dia sudah berkeliling dengan sepeda kesayangannya, melempar surat khabar di depan rumah pelanggan-pelanggan setianya. Kegiatan ini dilakukan Sam sebelum berangkat ke sekolah.




Suatu hari, Nyonya Green Jeffries (ibu Sam) mendapat surat panggilan dari Pejabat Tenaga Kerja Anak di Worcestershire County Council. Beliau terkejut kerana mendapat teguran keras: mengizinkan salah seorang anaknya - Sam - bekerja 15 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan / diperbolehkan oleh undang-undang ketenaga kerja khusus anak-anak.

"Saya sudah mendidik anak-anak saya untuk bekerja keras dan menghargai waktu sedari usia begini. Saya tidak ingin mereka kelak menjadi seperti remaja-remaja zaman sekarang yang hanya boleh menimbulkan masalah bagi keluarga dan orang lain..." Alasan yang sangat masuk akal.

Namun undang-undang (UU) tetap melarang Sam untuk bekerja sebelum jam 07.00 pagi. Sam menyerah, kerana kalau dia mula bekerja jam 07.00 bererti dia akan terlambat tiba di sekolah. Dia pun dipecat kerana mula kerja 15 minit lebih awal.

Banyak pelanggan Sam yang akhirnya mengajukan protes ke Pejabat Tenaga Kerja, meminta agar undang-undang tersebut ditinjau kembali dan disesuaikan dengan akal sihat. Mereka berpendapat, Sam akan memberikan contoh dan teladan bagi anak-anak lain seusianya; bekerja keras, menghargai waktu dan disiplin.

Dewan Kota akan mempertimbangkan untuk melakukan kajian semula, hanya saja, hasilnya baru akan muncul pada tahun 2012 atau 2013.

Berikut UU yang harus dipatuhi bagi anak-anak yang ingin bekerja di usia dini:

Setiap perusahan mempekerjakan anak di bawah 16 harus mengetahui undang-undang ketenaga kerja anak.

Usia anak yang dipekerjakan harus 13 tahun atau lebih, dan disahkan dari ketua RT setempat (ketua RT adalah terjemahan bebas)

Anak harus mengajukan permohonan izin kerja dari ketua RT setempat dan surat keterangan sihat dari hospital

Anak usia di bawah 16 tahun hanya boleh bekerja pada waktu 07:00 - 19:00.

Anak usia di bawah 16 tahun berhak mendapatkan 2 minggu cuti di musim panas

Di satu sisi, UU ini bagus untuk perkembangan anak, di sisi lain, mungkin benar kata pelanggan Sam

Pelumba Basikal kemalangan Maut - Kereta Langgar Lari







Nama Mangsa – Rafizi Hamdan, 37 tahun, Taman Bukit Kepayang, Seremban.







Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 7.30 pagi (18/3/2012) tadi apabila mangsa dalam perjalanan mengayuh basikal ke Hospital Orang Asli Batu 12 Gombak.




Mangsa, Rafizi Hamdan, sebenarnya untuk bertemu ahli kelab basikal yang lain untuk beriadah aktivti mingguan mereka.


Kejadian berlaku di hadapan stesyen minyak Shell berhampiran persimpangan ke Taman Melawati.






Rafizi, seorang Pegawai CIMB Bank dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang kemudiannya terus meninggalkan tempat kejadian.

Dan tanpa disedari pemandunya, nombor pendaftaran keretanya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Difahamkan, Rafizi baru sahaja menimang cahaya mata kedua.


Turut berada di lokasi kemalangan ialah pelumba basikal negara Anuar Manan dan rakan-rakannya.


Kejadian turut dirakamkan oleh kamera litar tertutup stesyen minyak terbabit.


Info dari pegawai JPJ yg dihubungi :

No Pendaftaran Kereta: WCK 2290
Model: Proton Saga 1.5
Warna: Kelabu
Pemilik: Yahya Arif
Alamat: Lot 333, Batu 7 1/2, Ulu Kelang, Ampang, Selangor



ARTIKEL BERKAITAN KLIK SINI

Patung misteri dari Rusia, mata boleh berkelip selepas 20 saat ditenung

Patung ini dikenali dengan nama Katja, dan dibuat pada tahun 1730an oleh seorang daipada kaum Tsar yang tidak diketahui namanya.

Ceritanya bermula apabila seorang gundik yang mahukan seorang anak lelaki supaya lebih disayangi oleh raja. Tetapi apa yang mengecewakannya adalah anak yang dilahirkan itu adalah lelaki dan tambahan pula dilahirkan cacat.

Oleh kerana zaman itu, kepercayaan pada tahyul sangat kuat, maka bayi yang tidak berdosa itu dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup.

Patung ini kononnya dibuat daripada abu bayi tersebut yang dicampurkan dengan seramik dan porselin. Dan tukang membuat patung tersebut adalah penjaganya.

Menurut cerita orang ramai, patung ini disimpan secara turun temurun di Rusia dan dijaga dengan ketat. Kononnya, patung ini akan membawa malapetaka akibat dari abu bayi tersebut.

Menurut orang ramai lagi, jika patung ini berkelip selepas bertentang mata dengannya selama 20 saat, maka musibah akan menimpa.

CLAIM KEROSAKAN ATAS HIGHWAY



Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang toll tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper.

Emmmm… Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain. 

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch&go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.
Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.
Mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

Mar 17, 2012

UNIVERSITI TERBAIK DIMALAYSIA

Senarai 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012 | Universiti ialah sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan universiti dipinjam daripada bahasa Inggeris (University) yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud “masyarakat pakar dan pengkaji”. Di Malaysia, terdapat banyak universiti yang hebat.

Senarai 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012

Kalau kita bandingkan, rank dunia universiti tempatan 2012 lebih baik berbanding pada tahun 2011. Berikut merupakan senarai Top 50 Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2012. Tahniah UPM! (Nota: Pelajar UPM jangan gembira sangat kerana tahun 2012 masih belum berakhir, beerti ranking ini boleh berubah bila-bila masa tau)

1. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
3. Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
5. Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
7. Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
8. Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
9. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
10. International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
11. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
14. Universiti Tunku Abdul Rahman
15. Universiti Malaysia Terengganu
16. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20. Universiti Pendidikan Sultan Idris
21. Open University Malaysia
22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
23. International Medical University
24. Taylor’s University College
25. Tunku Abdul Rahman College
26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
27. University of Nottingam Malaysia
28. UCSI University
29. Monash University Malaysia
30. Malaysia Theological Seminary
31. Universiti Kuala Lumpur
32. Curtin University of Technology Sarawak Campus
33. Universiti Industri Selangor
34. Selangor International Islamic University College
35. Al Madinah International University
36. Wawasan Open University
37. University Tun Abdul Razak
38. KDU College
39. Universiti Malaysia Kelantan
40. Asia Pasific Institute of Information Technology
41. Help University College
42. Sunway University College
43. INSANIAH University College
44. Universiti Sultan Zainal Abidin
45. Segi College
46. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
47. Majlis Peperiksaan Malaysia
48. Malaysian Institute of Management
49. Limkokwing University of Creative Technology
50. Disted-Stamford College

P/S: Tuntutlah ilmu sampai ke negara China. Proses pembelajaran terhenti hanya apabila kita melangkah ke alam kubur kelak. Ilmu amat penting untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat. Adakah ilmu yang selama ini kita pelajari bermanfaat di dunia akhirat kelak? Jom kita muhasabah diri kita, semoga kita mendapat jawapannya.

TUKANG GUNTING RAMBUT POTONG KEPALA






Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.


TIPS UNTUK MEREKA YANG SUDAH BERKHAWIN SAHAJA

TIPS UNTU BANGKITKAN GHAIRAH SUAMI
 
Sebagai seorang wanita, tahukah sentuhan bagaimana yang digemari oleh si lelaki? Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, tetapi tidak semuanya begitu.Disebalik sifat kelakian, sebenarnya lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita lembut wanita. Bagaimana anda boleh memancing ghairah si lelaki? Teruskan membaca artikel ini.

1. Pakaian Tidur Seksi
Sebagai wanita anda tidak perlu terus membuka baju tanpa surat benang pun ada di tubuh anda. Pakaian tidur yang seksi memain peranan yang penting untuk memancing ghairah si lelaki.
Dengan menampakkan susuk tubuh anda samar-samar membuatkan anak mata si terbakar untuk sentiasa menumpukan pada tubuh anda. Dalam keadaan begini jantung si lelaki akan berdegup dengan laju dan secara tidak langsung menaikkan ghairahnya.

2. Uraikan Rambut
Apabila anda mendekatinya, uraikan rambut anda yang lembut pada sidia. Uraikan rambut di atas badan sidia dengan penuh kelembutan dan pastikan rambut anda dalam keadaan wangi.Ini menyebabkan si lelaki akan bertindak balas dengan pergerakan anda.

3. Pergerakan Mengiurkan
Adalah mengghairahkan jika wanita membuka baju secara perlahan-lahan sambil diperhatikan si lelaki. Anda dinasihatkan agar senyap dan sambil menunjukkan senyum menggoda semasa melakukan pergerakan itu. Ini membuatkan si lelaki tidak sabar untuk menerkam anda.

GAJI PEKERJA GOOGLE

Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.


Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.


1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun


2. Google Programmer di California – $197,000 setahun


3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun


4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun


(menurut Indeed.com)




Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?


1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.


2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.


3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.


4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.


Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.


Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.


Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.


Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

ISTILAH BERKAITAN BABI DALAM MAKANAN



Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Mar 16, 2012

BAKAR DIRI SENDIRI KERANA PROTES


NEW DELHI – Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.

Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, seluar panjang dan seluruh pinggang pemuda berkenaan dijilat api sebelum api dapat dipadamkan.

Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.

Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet. – AFP

KEBIJAKSANAAN HAKIM MODEN

 
 
 
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...